Tajuk : Cukup Derita Itu
Nama Penulis : Siti RosmizahHarga : RM38.90
Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani di seksa. Jiwanya merana.
"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!
Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.
Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg dijerit dalam hatinya.
_____________________________________________________________________________
Nah. Mesti dah imagine betapa sedihnya air mata darahnya novel ni kan?
Sampai tak terjangkau dek akal fikiran betapa kejamnya watak ANTIGONIS dan betapa suci murninya hati watak UTAMA dalam novel ini.
Personal Review:
> penulis masih mengekal genre yang sama:- SEDIH + ROMANTIK
> Jalan cerita yang sama dari novel pertama beliau - Andai Itu Takdirnya
> Momentum/Impak sedih masih tak boleh mengalahakan novel pertama dan keempat beliau - Andai Itu Takdirnya & 7 Hari Mencintaiku
> Cerita yang terlalu berat, mungkin bagi mereka yang baru nak start baca novel tak sanggup nak baca.
> berbaloi beli untuk melengkapkan koleksi "SITI ROSMIZAH"
> watak ANTIGONIS terlampau melampau sampai tak logik dek akal.
> rating 8/10
Pape pun lain orang lain citarasa. No Offense okey? ^____^
Daaa~~~!!